My Add

Thursday 14 March 2013

Dua lagi mayat pengganas Sulu ditemui di Sungai Nyamuk

LAHAD DATU, RABU, 13 Mac, 2013: Dua lagi mayat pengganas Sulu dijumpai oleh pihak keselamatan negara hari ini, bersama sepucuk pistol serta selaras senapang penembak tepat yang dipercayai digunakan untuk menembak Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kedua-dua mayat musuh itu telah dibawa keluar dari kawasan penggeledahan di Sungai Nyamuk, di sini iaitu lokasi tembak menembak yang mengorbankan arwah.

Katanya, operasi bagi menjejak musuh itu bermula pukul 7.15 pagi ini.

“Dalam kejadian tembak menembak semalam di Sungai Nyamuk, pihak keselamatan negara percaya telah berjaya menembak tiga anggota pengganas, tetapi hanya dua mayat musuh ditemukan.

“Namun dalam operasi hari ini, kita berjaya menemukan dua lagi mayat musuh, sekali gus menjadikan jumlah musuh yang berjaya ditembak mati sebanyak 58 orang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment