My Add

Saturday, 16 March 2013

Ekonomi peniaga Suluk hampir lumpuh

KOTA KINABALU, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna hampir melumpuhkan ekonomi peniaga tempatan berketurunan Suluk yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini.

Presiden Persatuan IKS Groom Big Sabah, Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, pihaknya menganggarkan pendapatan peniaga kecil di kawasan terbabit kerugian kira-kira 90 peratus sejak tragedi itu berlaku 12 Februari lalu.

"Peniaga bebola daging di Lahad Datu tidak lagi menerima tempahan seperti biasa. Kebiasaannya, pada masa ini kami juga akan ke sana untuk mengutip sarang burung di Madai, Kunak, malangnya semua urusan itu terbantut disebabkan oleh pencerobohan pengganas Sulu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sambil berharap situasi akan kembali tenang, Dayang Khatijah berkata, apa yang berlaku adalah cabaran besar yang terpaksa mereka hadapi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment