My Add

Saturday 9 March 2013

FAM gantung Tunku Ismail 6 bulan, denda RM18,000

*PENGERUSI Jawatankuasa Tatetertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak (kiri) bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Aizuddin Ahmad ketika tiba untuk sidang akhbar selepas mesyuarat tatatertib persatuan bola sepak itu di Wisma FAM, di Kelana Jaya hari ini. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KELANA JAYA, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak, selain didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa hari ini.

Tunku Mahkota Johor itu didapati bersalah melanggar Artikel 88 Statut FAM kerana mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan.

Jawatankuasa Tatatertib dalam mesyuarat sebentar tadi turut mengenakan denda RM30,000 ke atas PBNJ kerana insiden pembakaran suar oleh penyokong Johor Darul Takzim ketika pasukan itu menentang Negeri Sembilan pada 2 Mac lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment