My Add

Thursday 7 March 2013

Gerakan lawan anasir subversif akan dilancar

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Satu gerakan mempertahankan kedaulatan negara akan dilancarkan bagi melawan anasir subversif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, fokus dan agenda gerakan itu adalah untuk menyatukan rakyat menentang pengkhianat dan anasir-anasir subversif, baik dari dalam mahupun luar negara.

Katanya, ancaman terang-terangan terhadap kedaulatan Malaysia seperti yang terjadi di Lahad Datu menunjukkan kedaulatan Malaysia harus dipertahankan dengan apa juga caranya.

"Ancaman tersebut bergerak dengan banyak cara, menggunakan individu, pertubuhan dan idea-idea yang berselindung atas pelbagai nama.

"Selepas mempertimbangkan dengan teliti, saya bersetuju untuk mengetuai sebuah gerakan bagi menentang pengkhianat-pengkhianat ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pengumuman rasmi tentangnya akan dibuat pada 14 Mac ini.

Tambah beliau, gerakan tersebut akan didokong bersama rakan-rakan berbilang kaum dari seluruh negara termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Selepas mencapai kemerdekaan, ancaman terhadap kedaulatan negara hadir di dalam pelbagai bentuk termasuk ancaman komunis.

"Namun, selepas tragedi 13 Mei 1969 pula fokusnya untuk meningkatkan perpaduan rakyat dan ketika krisis ekonomi pula untuk mempertahankan kedaulatan ekonomi negara,'' ujarnya.

Disebabkan itulah, beliau merasakan gerakan tersebut perlu diwujudkan bagi mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman pengkhianat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment