My Add

Thursday 14 March 2013

Helah Zuraida Kamaruddin lindungi diri sendiri

KUALA LUMPUR,RABU, 13 Mac, 2013: Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan menggunakan pelbagai helah untuk melindungi diri beliau daripada isu berkaitan kepimpinannya termasuk dalam hal membabitkan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, tindakan Zuraida menafikan Mohd. Fareez sebagai setiausaha politiknya memang sudah dijangka.

Sehubungan itu, beliau meminta wakil rakyat Parlimen Ampang itu menyatakan siapakah yang melaksanakan tugas-tugas menguruskan beliau selama ini jika bukan Mohd. Fareez.

''Mohd. Fareez memang setiausahanya dan memang tidak dinafikan lelaki itu juga yang membantu beliau membuat kerja-kerja membabitkan urusan Parlimen.

''Tetapi mengenali Zuraida, beliau memang suka membuat penafian terutama jika berdepan masalah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment