My Add

Saturday 2 March 2013

Jabatan Perikanan Pulau Pinang perkenal kad perakuan nelayan sungai

Oleh AZELI ALI
TASEK GELUGOR, SABTU, 02 Mac, 2013: Jabatan Perikanan Pulau Pinang akan memperkenalkan kad perakuan kepada nelayan sungai di negeri itu menjelang pertengahan tahun ini.

Pengarahnya, Mohd. Sidek Jahaya berkata, kad itu berfungsi sebagai perakuan diri untuk mengenal pasti nelayan tulen yang mencari rezeki dengan menangkap hasil sungai seperti udang dan ikan.

Menurutnya, ia penting bagi mendapat data lengkap dan tepat mengenai nelayan sungai yang benar-benar tulen untuk memudahkan penyaluran sebarang bantuan daripada kerajaan kepada nelayan.

"Sebelum ini kita telah memperkenalkan lesen kepada nelayan sungai namun sambutannya agak mengecewakan sehingga sukar untuk pihak jabatan mengenal pasti nelayan tulen.

"Oleh sebab itu kita merancang untuk mengeluarkan kad perakuan nelayan menjelang pertengahan tahun ini bagi memudahkan penyaluran bantuan atau sumbangan serta kenal pasti nelayan tulen," katanya kepada pemberita selepas Majlis Gotong Royong Membaiki Rumah Nelayan Sungai di Kampung Sungai Korok di sini hari ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua Datuk Jasmin Mohamed. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment