My Add

Sunday 10 March 2013

Kemajuan selaras tuntutan Islam

 *MUHYIDDIN Yassin berucap sebelum majlis minum pagi bersama pemimpin
 masyarakat Bayan Lepas dan Persatuan Airport Limosin Lapangan Terbang di
Teluk Kumbar, Pulau Pinang, semalam. - Mingguan/Ismail Kmadin

PULAU PINANG, SABTU, 09 Mac, 2013: Segala bentuk pembangunan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah selaras dengan tuntutan Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia dirancang berdasarkan konsep keseimbangan di antara kebaikan duniawi dan ukhrawi.

Berbeza dengan pembangkang jelasnya, meskipun dalam manifesto mereka ada menyebut mahu menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, namun sejak peringkat awal lagi mereka tidak menunjukkan komitmen untuk mempertahankannya.

"Sebagai contoh, isu kalimah Allah, walaupun pelbagai pihak seperti ulama, Majlis Fatwa Kebangsaan dan umat Islam bangkit mempertahankannya, pemimpin pembangkang memperlekehkan perkara tersebut.

"Malah mereka (pembangkang) sanggup memperdagangkan kalimah Allah untuk meraih laba politik demi kepentingan perjuangan sempit mereka," katanya berucap di hadapan lebih 2,000 guru pendidikan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Sementara itu, dalam sesi dialog bersama guru-guru pendidikan Islam yang hadir, beliau menegaskan, Kementerian Pelajaran memandang serius dakwaan terdapat guru yang mengamalkan serta mengajar fahaman Syiah kepada pelajar mereka.

Katanya, dakwaan berkenaan perlu disiasat kerana guru diharapkan menjadi benteng terakhir dalam menangani masalah keruntuhan akhlak di kalangan generasi muda.

Berhubung cadangan oleh salah seorang guru pendidikan Islam supaya kementerian membenarkan kembali calon mengambil lebih 10 subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menjelaskan, syarat berkenaan diperkenalkan kerana mahu pelajar fokus kepada subjek utama selain memudahkan guru membimbing mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment