My Add

Wednesday 6 March 2013

Kereta api laju: Malaysia-Singapura buat kajian bersama

Daripada YULPISMAN ASLI
SINGAPURA, RABU, 06 Mac, 2013: Malaysia dan Singapura akan membuat kajian bersama untuk melihat aspek terperinci cadangan pelaksanaan projek Kereta Api Laju (HSR) antara negara ini dan Kuala Lumpur.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, secara prinsipnya kedua-dua buah negara telah bersetuju bahawa projek tersebut penting dan penyokong kuat pelaksanaannya yang diputuskan semasa kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara ini bulan lalu.

"Kedua-dua negara menyokong dengan kuat, jadi peringkat seterusnya adalah membuat kajian bersama untuk melihat kepada aspek terperinci, dah setuju dah lalu ikut mana , berapa stesen, kos teknikal, nak share (kongsi) berapa Malaysia kena bayar, Singapura (berapa), hal-hal teknikal ini perlu dimuktamadkan," katanya.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita Malaysia yang mengikuti lawatan beliau ke sini bagi menarik pelaburan dan mempromosi sektor pelancongan ke negara ini di Raffle City Convention Center di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment