My Add

Tuesday 19 March 2013

Kit Siang tanding di Gelang Patah

JOHOR BAHRU, ISNIN, 18 Mac, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila menyerahkan kerusi Parlimen Gelang Patah untuk ditandingi Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.

Pengumuman itu dibuat ketika Anwar berucap dalam majlis yang turut dihadiri Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Gelang Patah menjadi kerusi tradisi DAP sebelum 2004 dan telah ditandingi calon PKR pada Pilihan Raya Umum 2008 dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) (2004) dan kali ini kembali semula kepada mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment