Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KUALA KRAI, SABTU, 16 Mac, 2013: Lebih 200 penduduk di Kampung Senduk dan Serasa, Dabong, Kuala Krai mengadakan demonstrasi hari ini untuk membantah tindakan kerajaan Pas Kelantan mengambil tanah mereka dan menyerahkan kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan sebagai ladang komersial.
Penduduk kawasan tersebut mula berkumpul dari pukul 9 pagi di tapak Ladang Komersial Kampung Senduk di sini dengan membawa pelbagai sepanduk untuk meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan Pas Kelantan.
Malah mereka juga berpendapat masalah tersebut akan hanya selesai sekiranya Barisan Nasional (BN) dapat mengambil alih kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Wakil penduduk, Halim Ismail, 45, berkata, Pas ternyata gagal untuk mendengar rintihan dan masalah yang dihadapi rakyat malah pemimpin negeri ini semakin angkuh kerana terlalu lama berkuasa.
Katanya, mereka telah bertemu dengan wakil kerajaan negeri iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Arifabillah Ibrahim ketika masalah ini mula timbul pada tahun 2011 namun ia tidak memberi sebarang kesan.
"Ketika pertemuan yang turut dihadiri oleh wakil syarikat pemaju itu, Arifabillah bersetuju untuk memulangkan semula tanah kami yang diambil tetapi selepas dua minggu keputusan itu berubah dan tanah kami tetap diambil untuk dibangunkan sebagai ladang komersial.
"Ketika pertemuan itu berlangsung wakil syarikat tersebut yang juga anak kepada seorang aktivis Pas telah mengeluarkan senapang dan menembak pokok petai, untuk apa dia mengeluarkan senapang? Kami tidak takut kerana ini adalah hak dan maruah kami.
"Bagi kami tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah ini selain daripada menukar kerajaan kerana pemimpin yang ada hari ini angkuh serta tidak mendengar masalah yang kami hadapi," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment