My Add

Saturday 16 March 2013

Rundingan tidak terjejas

 *PEGAWAI Agama dari Markas 5 Briged Kem Lok Kawi, Mejar Anuar Mat 
Zain berpelukan dengan Pengurus Felda Sahabat 48, Mohd. Sadri Yahya sambil
 diperhatikan oleh penduduk kampung selepas menunaikan solat Jumaat di 
Masjid Nurulain Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah, semalam. Anuar mengetuai
 solat Jumaat dan solat hajat di masjid tersebut. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD.
 RAHMAN

COTABATO CIT, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Ketua kontinjen baharu bagi misi pemantau keamanan Malaysia di Mindanao yakin konflik di Sabah tidak akan menjejaskan rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), lapor akhbar Filipina, Inquirer hari ini.

Mejar Jeneral Datuk Fadzil Mokhtar, yang mengetuai misi kelapan Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) di Filipina berkata, konflik di Sabah tiada kaitan dengan rundingan damai itu.

Menurutnya, insiden pencerobohan tersebut tidak akan menjejaskan rundingan damai yang sedang dijalankan antara MILF dan kerajaan Filipina.

"Perkara penting ketika ini adalah proses damai yang sedang berlangsung dan saya tidak fikir insiden (pencerobohan) itu akan memberi kesan kepada proses (rundingan damai) tersebut.

"Kedua-dua pihak tidak terlibat dalam konflik di Sabah. Kedua-dua pihak berunding tentang keamanan, sebab itu saya menyatakan konflik di Sabah adalah hal yang berlainan," kata beliau.

Fadzil turut melahirkan keyakinan terhadap keselamatan pasukannya di Filipina, sambil melahirkan kepercayaannya kepada kerajaan Filipina.

"Saya pernah menekankan sebelum ini bahawa kami mempercayai kerajaan Filipina dan MILF sepenuhnya. Kerajaan (Filipina) bertanggungjawab menyediakan kawalan keselamatan dan kami yakin kebolehan pasukan tentera mereka dalam melindungi keselamatan pasukan kami," katanya.

Beliau berkata, masyarakat pastinya ingin mengetahui perkembangan terbaharu tentang rundingan itu dan meletakkan harapan yang tinggi untuk memastikan ia mencapai kejayaan.

Katanya, satu perkembangan positif pada tahun lalu ialah tiada laporan tentang pelanggaran perjanjian gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan MILF.

Sambil menyatakan optimis terhadap perkembangan tersebut, Fadzil sekali lagi mengulangi kebimbangan IMT terhadap sengketa dan konflik berulang antara puak.

"Contohnya apabila kedua-dua pihak bersengketa dan keadaan itu boleh mengundang perbalahan yang lebih besar jika tidak berjaya dikawal sehingga memerlukan campur tangan kerajaan," katanya. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment