My Add

Sunday, 17 March 2013

Tiada jaminan keamanan, keselamatan jika tidak dijaga - TPM

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY dan ZULHISHAM ISAHAK
MUAR, SABTU, 16 Mac, 2013: Tiada jaminan bahawa keamanan dan keselamatan yang dikecapi ketika ini akan berterusan kerana wujud 'musuh luar' yang akan terus cuba membawa kerosakan atas rasa cemburu dengan kejayaan yang dicapai negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, keadaan selamat di Malaysia bukan sekadar andaian tetapi telah terbukti melalui Global Peace Index (GPI) yang meletakkan negara ini sebagai antara yang paling selamat di dunia.

"Ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian dan kita kini berada di tangga ke-20 negara paling selamat mengatasi Singapura di tempat ke-23. Isu di Lahad Datu membuka mata ramai pihak tentang nilai keselamatan, kita hantar polis dan lima batalion tentera ke sana.

"Kita tidak mahu ada yang mengatakan Malaysia tidak aman sehingga pelabur asing tidak mahu datang membuat pelaburan. Sebab itu mesti aman, jangan ada apa-apa masalah demi pembangunan seperti Pengerang dan Iskandar Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bersatu Banteras Jenayah peringkat Muar bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Dewan Bola Keranjang Pekan Bakri, dekat sini hari ini. -  UTUSAN

No comments:

Post a Comment