My Add

Sunday 3 March 2013

Sokongan NGO kukuhkan jentera kempen UMNO Sepang

DENGKIL, AHAD, 03 Mac, 2013: Gerakan kempen jentera pilihan raya UMNO Sepang semakin kukuh berikutan kesediaan sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu menarik lebih pengundi khususnya dalam kalangan generasi muda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Datuk Marsum Paing berkata, kesediaan NGO yang dikenali Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) itu penting dalam membantu UMNO mendapat sokongan menyeluruh masyarakat.

Beliau berkata, usaha itu juga sejajar dengan pertambahan lebih 50 peratus jumlah pengundi baharu di kawasan itu yang kebanyakannya adalah dalam kalangan golongan muda.

"Walaupun majoriti kawasan dalam Parlimen Sepang dianggap kawasan putih bagi UMNO, tetapi gerak kerja sedemikian amat penting bagi membolehkan kami menjawab apa jua gambaran negatif yang ditimbulkan oleh pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Batas Daerah Sepang di sini, semalam.

Sehubungan itu, Marsum menyeru NGO-NGO tempatan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRU ke-13.

"Sejak merdeka sehingga kini, BN merupakan parti yang berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment