My Add

Saturday 9 March 2013

Nelayan gembira TPM lawat rumahnya

GEORGE TOWN, SABTU, 09 Mac, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melakukan lawatan sehari ke Pulau Pinang hari ini, melawat tapak rumah baharu Cheah Loon Seong di Kampung Bagan, Teluk Kumbar dekat sini.

Cheah, 42, yang merupakan seorang nelayan mendapat bantuan membaiki rumah menerusi projek baik pulih rumah nelayan awal tahun ini.

Ketika ditemui pemberita selepas lawatan timbalan perdana menteri itu, Cheah berkata, dia sekeluarga bersyukur mendapat bantuan untuk membina rumah baharu kerana kediaman sedia ada tidak lagi sesuai didiami.

"Rumah ini dah lama, ada bumbung bocor dinding dimakan anai-anai. Pendapatan menangkap udang hanya RM500 sebulan nak membaiki rumah memang tidak mampu, jadi terima kasih kepada kerajaan yang membantu membina rumah baharu untuk kami," katanya.

Cheah yang mempunyai dua anak perempuan masing-masing berusia lapan dan 12 tahun berkata, perasaannya menjadi lebih terharu apabila timbalan perdana menteri sudi singgah di rumahnya untuk melihat sendiri perkembangan kerja pembinaan kediamannya itu.

"Dapat rumah, timbalan perdana menteri datang pula melawat...banyak syok dan gembira, ini memang tak kan saya lupakan," katanya.
Pada lawatan itu Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada Cheah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment