My Add

Saturday 2 March 2013

Permaisuri Agong turut bersimpati dengan keluarga komando terbunuh

KUALA LUMPUR, SABTU, 02 Mac, 2013: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut melahirkan simpati kepada ahli keluarga anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden membabitkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah pagi semalam.

Baginda yang kebetulan berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini pada 10.55 pagi, turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga anggota polis berkenaan.

Jenazah kedua-dua anggota tiba di pangkalan itu tengah hari ini selepas berlepas dari Lahad Datu pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment