My Add

Thursday 21 March 2013

Perogol bersiri kena hukuman penjara lagi 18 tahun

RAUB, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Seorang perogol bersiri yang menggemparkan negara apabila dijatuhi hukuman penjara 115 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 5 Februari lalu, diperintah menjalani hukuman penjara selama 18 tahun lagi, hari ini.

Ini menjadikan tertuduh, Rabidin Satir, 42, perlu menjalani hukuman penjara selama 133 tahun setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Hakim Shahrizat Ismail menjatuhi hukuman tersebut apabila Rabidin membuat pengakuan bersalah mencederakan seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Hakim semasa membaca hukuman tersebut berkata, tertuduh telah melakukan kesalahan yang serius sehingga boleh menyebabkan kematian kepada mangsa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment