My Add

Thursday 21 March 2013

PM Australia adakan undian tentukan kepemimpinannya

CANBERRA, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Kerajaan Australia kini menghadapi krisis apabila Perdana Menteri, Julia Gillard tunduk kepada tekanan dan meminta undian diadakan bagi menentukan kepemimpinannya dalam Parti Buruh lewat hari ini.

Gillard berkata, undian tersebut akan diadakan pada pukul 4.30 petang ini waktu tempatan (1.30 petang waktu Malaysia).

Beliau menambah, undian yang akan diadakan oleh ahli-ahli Parlimen dari Parti Buruh itu juga akan melibatkan kepemimpinan timbalan ketua parti itu.

Keputusan Gillard diambil selepas menteri kanan Kabinet, Simon Crean secara terbuka meminta tindakan itu diambil apabila populariti Perdana Menteri Australia itu menurun dalam tinjauan pendapat untuk menghadapi pilihan raya umum dan spekulasi berhubung kepemimpinan parti berkenaan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment