My Add

Friday 15 March 2013

Polis buru 30 'panglima' Sulu

SEMPORNA, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Pasukan keselamatan memburu kira-kira 30 'panglima' pengganas Sulu berusia antara 20-an dan 70-an yang dipercayai masih bebas di negeri ini terutama di Kota Kinabalu, Kunak dan Semporna.

Sumber itu berkata, bagaimanapun orang ramai diingatkan tidak perlu risau kerana perkara itu tidak mengancam keselamatan awam.

"Ini kerana rata-rata panglima yang diburu ini tidak mempunyai senjata dan tidak terlatih dalam bidang ketenteraan. Mereka hanyalah terdiri daripada individu yang dikenali, dihormati dan berpengaruh dalam kalangan masyarakat Sulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas sumber itu lagi, sekiranya Kesultanan Sulu mendapat pengiktirafan dan berjaya menuntut Sabah, panglima-panglima ini akan dilantik menjadi pemimpin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment