My Add

Tuesday 12 March 2013

Polis tahan 6 lelaki ada kaitan pengganas

SENPORNA, SELASA, 12 Mac, 2013: Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah, berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan jam 6 pagi setelah menerima maklumat awam...jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment