My Add

Sunday 3 March 2013

Puncak Niaga kaji tawaran KDEB, dapatkan maklumat lanjut

KUALA LUMPUR, SABTU, Mac, 2013:Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) berkata ia memerlukan maklumat lengkap mengenai tawaran pengambilalihan oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) ke atas dua anak syarikatnya sebelum dapat membentangkan cadangan muktamad kepada lembaga pengarah.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd adalah dua syarikat yang disasarkan.

KDEB membuat tawaran pengambilalihan itu bagi pihak kerajaan Selangor.

Dalam satu kenyataan, PNHB berkata ia sedang mengkaji respons KDEB, selain penasihatnya, susulan pertemuan yang dihadiri wakil kedua-dua pihak pada 1 Mac.
PNHB berkata, mesyuarat itu diadakan atas permintaannya.

Pada mesyuarat itu, PNHB berkata wakil berkenaan diberikan surat bertarikh 28 Februari yang merupakan balasan suratnya kepada KDEB pada 27 Februari.

Bagaimanapun, PNHB berkata, beberapa pertanyaan yang dibangkitkan tidak dijawab sepenuhnya oleh KDEB, dan beberapa isu dirujuk kepada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB).

Semalam, PNHB mengutus surat kepada PAAB memintanya memberikan penjelasan terhadap isu berkenaan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment