My Add

Saturday 16 March 2013

RCI perlu dipercepat elak pencerobohan dipolitikkan


 *IBRAHIM Ali berucap selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Negara,
 Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Mac, 2013: Kerajaan didesak agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi mengenal pasti dalang pencerobohan Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Penubuhan suruhanjaya tersebut juga penting bagi mengelakkan insiden pencerobohan itu daripada terus dipolitikkan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah mempercepatkan penubuhan RCI penting kerana pihak perisikan Filipina mengaitkan insiden tersebut dengan individu-individu tertentu di negara ini.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan mengeluarkan kertas putih bagi mendedahkan kejadian sebenar bagaimana insiden pencerobohan di Sabah boleh berlaku dan siapa pihak yang bertanggungjawab. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment