My Add

Saturday 23 March 2013

Trend saman media, burukkan PDRM, SPR, SPRM kerana PRU

Oleh SUWARNI MOKHTAR
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Tindakan menyaman media atau blogger terutama oleh parti-parti pembangkang dianggap bertujuan meraih kepentingan politik semata-mata lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain itu, terdapat juga usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan kepada pihak berkuasa tidak kira Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi berkata, tindakan saman-menyaman berkemungkinan untuk menakut-nakutkan media mahupun blogger agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau memberitahu, saman-saman tersebut bersifat ‘memilih’ kerana tidak semua media atau blogger yang menyiarkan perkara sama yang disaman.

Mohd. Hafarizam memberi contoh kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung artikel ‘Tolak Anwar - Hasan’ apabila syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan atas kenyataan akhbar yang dikeluarkannya itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment