My Add

Wednesday 6 March 2013

Wanita didenda lupus bayi dalam lubang tandas

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, RABU, 06 Mac, 2013: Seorang pekerja kilang didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas kesalahan melupuskan bayi yang baru dilahirkan dengan cara mengepamnya dalam lubang tandas, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak memutuskan demikian terhadap Nurul Syuhada Shamsudin, 23, selepas gadis tersebut mengaku bersalah terhadap tuduhan pindaan.

Pada asalnya, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 25 Januari dua tahun lalu melepas dan membebaskan Nurul Syuhada tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan membunuh bayi tersebut.

Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kemudian mengemukakan rayuan.

Bagaimanapun, panel tersebut menggunakan kuasa di bawah Seksyen 60 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1964 dengan meminda tuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada tuduhan yang lebih ringan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan yang dilakukannya tertakluk di bawah Seksyen 318 berdasarkan kepada keterangan dalam rekod rayuan serta penghujahan kedua-dua pihak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment