My Add

Friday 8 March 2013


Warga kerja SKM perlu bekerja keras untuk capai sasaran


KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Warga kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) digesa mengubah sikap bekerja dan pemikiran agar sasaran sumbangan 20 peratus sektor koperasi kepada pendapatan negara pada tahun 2020 tercapai.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa kini sektor koperasi telah menyumbang kira-kira 11 peratus pendapatan negara.

"Warga kerja SKM perlu bekerja keras agar baki sembilan peratus sasaran itu atau mungkin lebih berjaya diperolehi melalui perubahan sikap, pemikiran dan cara bekerja masing-masing, " katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis perjumpaan bersama warga SKM dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment