70 rakyat kita ditahan di Mekah
KUALA LUMPUR, AHAD, 31 Mac, 2013: Polis mengesahkan 70 daripada 96 orang yang ditahan di Mekah, Khamis lalu adalah rakyat Malaysia dan pengikut pergerakan Al-Arqam di bawah pimpinan isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Khatijah Aam.
Pengarah Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Akhil Bulat berkata, kebanyakan rakyat Malaysia yang ditahan itu merupakan kakitangan syarikat Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB).
Beliau berkata, pengesahan itu dimaklumkan oleh pegawai konsul di Jeddah selepas melawat semua tahanan terbabit yang kini ditahan di Depoh Imigresen Mekah di Arab Saudi semalam.
Pegawai konsul yang melawat semua tahanan memaklumkan kepada saya mengenai perkara itu dan sehingga kini mereka masih lagi ditahan di Depoh Imigresen Mekah.
Majoriti rakyat Malaysia yang ditangkap merupakan kakitangan GISB, manakala 25 orang lagi rakyat Indonesia dan seorang warga Sudan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.
Menurut Akhil, setakat ini, pihaknya yakin tiada jemaah umrah dari Malaysia yang terlibat dalam kegiatan ajaran sesat tersebut tetapi siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis dan imigresen negara berkenaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment