My Add

Monday, 1 April 2013

Bomba Kelantan berjaya kawal kebakaran tanah gambut di Bachok

Oleh YATIMIN ABDULLAH
KOTA BHARU, AHAD, 31 Mac, 2013: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berjaya memadamkan 50 peratus kebakaran hutan tanah gambut di Beris Lalang, Bachok yang berlaku sejak Ahad lalu.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, kebakaran tersebut membabitkan kawasan hutan seluas kira-kira 100 hektar.

Menurutnya, 50 anggota bomba dihantar ke kawasan hutan berkenaan untuk tugas memadam dan mengawal kebakaran daripada terus merebak.

"Kebakaran hutan sering berlaku di kawasan ini. Dalam aspek kebakaran hutan ini kita sering menyarankan kepada masyrakat supaya peka kepada punca-punca api.

"Jadi saya memohon kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan punca-punca api dan segera melaporkan kepada pihak bomba sekiranya melihat kebakaran berlaku," katanya kepada pemberita pada majlis Perhimpunan Bulanan JBPM negeri di Tunjong sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment