Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
KOTA BHARU, KHAMIS, 11 April, 2013: Kerajaan Pas Kelantan didakwa mempersulitkan usaha kerajaan Pusat untuk membina 1,000 unit rumah rakyat di sini apabila mengenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah sebelum pembinaan rumah berkenaan.
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh mendakwa, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) antara lain menetapkan hanya 300 unit rumah sahaja yang dibenarkan dibina.
Menurutnya, selain itu kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek berkenaan juga diwajibkan membina dua kawasan tanah perkuburan ditapak yang dicadangkan, sedangkan kawasan yang disediakan adalah terhad.
"Inilah halangan dan cabaran kita dalam usaha untuk membantu rakyat. Seharusnya kerajaan Pas Kelantan lebih prihatin dan jangan cuba mengetatkan syarat.
"Projek ini untuk rakyat bagi memastikan kehidupan mereka lebib baik. Kalau projek seperti ini diperketatkan syarat, tidak boleh berunding, tidak boleh langsung hendak bertolak ansur, maka yang merana nanti adalah rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu penduduk Kampung Paya Rani berhubung masalah rumah, di sini malam tadi.
Mohd. Fatmi berkata, Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan usaha membina 1,000 unit rumah seperti yang dijanjikan dan berusaha untuk menyelesaikan kesulitan yang ditimbulkan oleh pihak PBT. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment