My Add

Wednesday, 10 April 2013

Masyarakat India nikmati masa depan lebih baik di bawah tadbiran Najib

SUNGAI SIPUT, SELASA, 09 April, 2013: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin sejati dan jujur apabila beliau mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) akan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam dasar kerajaan sebelum ini berkaitan masyarakat India.

Beliau berkata Najib begitu jujur, berterus terang dan telus dalam pengakuannya bahawa kaum India memerlukan lebih banyak perhatian melalui inisiatif dan dasar yang diperkenalkan untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Perdana Menteri telah membentangkan inisiatif baru bagi kaum India di negara ini dan kita sudah pun melihat hasilnya.

"Ini sesuatu wajar dan perlu diteruskan. Oleh itu, masyarakat India perlu memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang untuk memastikan Najib boleh terus menerajui kerajaan dan menunaikan janji beliau," kata penyelaras BN Sungai Siput itu kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pengundi kawasan Sungai Siput di sini, hari ini.

Dalam wawancara dengan BernamaTV semalam, Najib berkata, kerajaan BN akan memperbaiki kelemahan berkaitan masyarakat India yang terdapat dalam proses pembangunan negara.

“Negara ini belum pernah mempunyai Perdana Menteri yang begitu berdediaksi terhadap rakyat.

"Najib menyeru kaum India supaya memberi sokongan kepada beliau untuk menjamin mereka dan anak cucu mereka mempunyai masa depan yang lebih baik.

"Perdana Menteri memberi satu sinar harapan baharu kepada kaum India dan beliau berpegang teguh dengan komitmennya untuk membebaskan kaum India daripada belenggu kemiskinan dan sebagai golongan berpendapatan rendah," katanya.

Samy Vellu berkata Najib berada di landasan betul dalam membantu kaum India melalui pelaksanaan pelbagai dasar dan inisiatif afirmatif.

Katanya Najib akan mendapat sokongan pengundi India pada pilihan raya umumakan datang kerana secara umumnya, mereka ialah "masyarakat yang tahu mengenang budi".

“Mereka akan kenang budi orang dan akan mempertahan orang yang pernah menolong mereka," katanya.

Samy Vellu berkata beliau yakin bahawa pada hari mengundi kelak, pemilih daripada kaum India akan "membanjirkan peti undi dengan undi mereka untuk BN kerana undi untuk Najib ialah undi untuk masa depan kaum India". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment