Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
KUALA LUMPUR, SELASA, 09 April, 2013: Bekas rakan karib Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan menggesa Anwar tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau berkata, ini kerana tiada tempat untuk seorang biseksual menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang.
Berikut kenyataan penuh beliau:-
l Anwar tidak perlu bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana itu adalah usaha yang sia-sia sahaja kerana beliau sendiri sedia maklum bahawa tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan seorang biseksual menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.
Sekiranya bertanding, hanya membuang masa kerana beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri. Anwar seorang biseksual dan semua agama tidak membenarkan seorang biseksual menjadi pemimpin politik, ini termasuk negara seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat, China, Jepun, Rusia dan lain-lain negara di dunia.
l Pengerusi DAP, Karpal Singh juga pernah berkata pada 22 Oktober 1997 ketika di dalam Parlimen bahawa beliau ada pelbagai bukti yang kukuh mengaitkan Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.
Selepas 16 tahun, Karpal Singh masih tidak menarik balik kenyataan tersebut daripada hansard Parlimen.
l Karpal tidak akan menarik balik pengakuan yang beliau telah buat itu dan Azizan Abu Bakar juga tidak akan menarik balik pengakuan yang telah dibuat.
Shamsidar Taharin juga tidak membuat penafian tetapi hanya Anwar sahaja yang masih sibuk menyaman pelbagai pihak ataupun menuduh sebagai konspirasi UMNO apabila ada pihak membuktikan bahawa beliau seorang biseksual.
Sekiranya itu bukan tabiat Anwar, tidak mungkin ada pihak bercakap perkara yang sama selama 16 tahun.
l Saya ingin bertanya Anwar, mengapa Mohd. Saiful Bukhari Azlan berani melakukan sumpah laknat di Mekah tetapi Anwar tidak? Saya kenal sangat Anwar, maka saya tahu dia tidak berani melakukan perkara serupa kerana dia biseksual.
l Saya ingin menasihatkan Anwar supaya pergi bercuti bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kerana rakyat Malaysia tidak mahu pemimpin biseksual menjadi Ketua Pembangkang ataupun Perdana Menteri.
Kita mahu selamatkan Parlimen daripada unsur-unsur kegiatan seks bebas, LGBT dan anak ikan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment