My Add

Wednesday, 10 April 2013

Nik Aziz diminta jangan celupar

KUALA LUMPUR, SELASA, SELASA, 09 April, 2013l Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjaga percakapannya dan jangan mengeluarkan fatwa sesedap rasa ketika berpolitik.

Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Zulkeflee Yaacob berkata, Nik Abdul Aziz kian celupar dan 'meroyan' dengan perbuatan maki hamun dan melemparkan pelbagai tuduhan kepada UMNO.

"Sepatutnya dalam keadaan di penghujung usia dan karier, beliau memperjuangkan kepentingan negara dan perpaduan umat Islam.

"Kenyataan beliau hanya mengundang malapetaka terhadap umat Islam dan tidak mendatangkan faedah dalam usaha Pas meraih sokongan politik, sebaliknya memaparkan kelemahan ketara pemimpin yang lanjut usia itu untuk mengekalkan pemerintahan di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbarnya hari ini, sebagai mengulas Nik Abdul Aziz yang mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Tambah Zulkeflee, pandangan Nik Abdul Aziz tentang dosa dan pahala umpama menepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri, kerana Pas sendiri bersekongkol dengan PKR dan DAP, yang secara terbuka dan konsisten telah menolak pelaksanaan hukum hudud dan dasar Islam mereka.

"Nik Abdul Aziz sedar hanya laungan agama dapat mengikat jiwa umat Islam terutama orang Kelantan setelah gagal mengurus pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment