My Add

Wednesday, 10 April 2013

Pengerusi Al-Ehsan digantung

GEORGETOWN, SELASA, 09 April, 2013:Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan) mengumumkan penggantungan Presidennya, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim, berkata keputusan itu diputuskan pada mesyuarat khas majlis tertinggi pertubuhan itu di sni, sebentar tadi.

"Penggantungan itu akan berlangsung sehingga proses siasatan polis terhadap Muhammad Ridhwan berhubung pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah selesai.

"Jawatankuasa pusat Al Ehsan akan bermesyuarat sekali lagi bagi memutuskan tindakan selanjutnya," katanya - BH.

No comments:

Post a Comment