Oleh HERMAN HAMID
KUANTAN, RABU, 11 April, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pahang yang asalnya bangunan Terminal Makmur di sini.
UTC Pahang yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM37 juta itu menyediakan perkhidmatan lebih 60 jenis agensi kerajaan dan swasta termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan beroperasi setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 10.00 malam.
Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pelancaran UTC Pahang ini mencerminkan dasar transformasi kerajaan kerana dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian awam sekaligus membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. mohd. Ali Hamsa. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment