Oleh ROSMIZAN RESDI
KOTA BHARU, KHAMIS, 11 April, 2013: Seramai 13,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh negara bersiap sedia bagi membantu melicinkan perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, persiapan dilakukan bagi membantu menjadikan pilihan raya kali ini adalah yang terbaik pernah diadakan.
Beliau berkata, persiapan awal telah dilakukan sejak bulan lepas dengan mengeluarkan arahan supaya semua jabatan bomba dan penyelamat negeri mengadakan pemeriksaan di semua lokasi penamaan calon dan pusat-pusat pembuangan serta penjumlahan undi.
"Tinjauan telah diadakan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai apabila tiba hari tersebut dan setelah pemeriksaan keselamatan yang dibuat, semuanya berada dalam keadaan baik," katanya.
Beliau berkata demikian pada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment