My Add

Wednesday, 10 April 2013

PRU-13: 153 NGO Gombak sokong Najib

 *ZALEHA Ismail (tengah) serta Abdul Rahman Ismail (depan, dua dari kanan)
 bersama-sama pengerusi-pengerusi NGO Gombak melaungkan sokongan padu
 kepada Perdana Menteri dan BN pada PRU-13 dalam majlis di Dewan MAYC,
Gombak malam tadi. - UTUSAN

Oleh HUSSAINI AMRAN
GOMBAK, RABU, 10 April, 2013: Sebanyak 153 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar kawasan Parlimen Gombak di sini berjanji akan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesemua NGO terbabit yang bernaung di bawah Gabungan NGO-NGO Gombak turut berjanji akan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, gabungan yang menghimpunkan lebih 35,000 ahli pelbagai NGO itu akan digerakkan untuk membantu jentera BN.

"Kami akan memberi penjelasan kepada masyarakat bagi menjawab tohmahan pakatan pembangkang terhadap kerajaan dalam ceramah dan media sosial," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat persiapan terakhir Gabungan NGO-NGO Gombak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 di Batu Caves di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Penasihat Eksekutif Gabungan NGO-NGO Gombak, Tan Sri Zaleha Ismail. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment