My Add

Tuesday, 30 April 2013

Pas Kelantan gagal bangunkan industri pelancongan negeri

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

JELI, ISNIN, 29 April, 2013: Kegagalan kerajaan Pas Kelantan merancakkan industri pelancongan negeri ini menyebabkan ia antara yang paling mundur di Malaysia meskipun Kelantan kaya dengan pelbagai produk pelancongan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, laporan daripada Pejabat Pelancongan negeri dan pengusaha-pengusaha hotel seluruh Kelantan mendapati kehadiran pelancong asing di Kelantan pada tahun 2012 hanya seramai 60,000 berbanding 25.03 juta di seluruh negara.

Katanya, jumlah itu sangat rendah berbanding Melaka yang mampu menarik lima juta pelancong meskipun Kelantan lebih hebat jika melihat kepada kebudayaan, makanan, kesenian dan pelbagai tempat menarik yang ada.

Jelas beliau, agak malang apabila Kementerian Pelancongan sering mempromosikan negeri ini di dalam dan luar negara serta memberi cadangan, namun pemimpin tempatan gagal memainkan peranan membangunkan produk yang ada.

"Kami sentiasa berlaku adil untuk mempromosikan semua negeri kerana ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya malah saya bawa wakil dari Kelantan ke semua ekspo pelancongan yang ada.

"Bagaimanapun Kelantan tidak mencapai tahap seperti di Melaka. Di Melaka mereka tidak ada pantai cuma ada budaya tetapi di Kelantan budaya ada pantai pun ada malang sekali ini tanggungjawab negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Kemudahan Pelancongan Di Pintu Masuk Kompleks Imegresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Bunga di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Komplek tersebut yang siap dibina dengan kos RM8 juta membabitkan infrastruktur seperti surau, tandas awam, gerai, tapak kerja landskap dan beberapa lot tempat meletak kereta.

ICQ Bukit Bunga merupakan pintu masuk antara Malaysia melalui Jeli ke pekan Buketa, Selatan Thailand. - UTUSAN ONLINE ) Bhd

No comments:

Post a Comment