Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KUALA KRAI, KHAMIS, 11 April, 2013: Selain terkenal sebagai negeri Serambi MekahKelantan dikhuatiri akan turut dikenali sebagai 'Negeri Pecah Tanah' ekoran tindakan Kerajaan Pas Kelantan yang banyak menjanjikan projek mega kepada rakyat tetapi tidak pernah ditunaikan.
Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, projek pecah tanah juga dilihat menjadi satu fenomena baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini yang menjadi modus operandi Pas Kelantan untuk meraih undi.
"Mereka pecah tanah tetapi banyak projek tidak naik, tunggu sahajalah rakyat Kelantan sikit masa lagi Kelantan akan lebih dikenali sebagai negeri pecah tanah.
"Saya juga ingat mungkin pecah tanah ini akan menjadi fenomena baru sempena PRU-13, satu demi satu (projek pecah tanah dilakukan Pas Kelantan)," katanya kepada Utusan Online ketika ditemui malam tadi.
Mohamad Fatmi mengulas mengenai pelancaran projek mega Bandar Chintawangsa oleh Kerajaan Pas Kelantan yang dilakukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berharga RM85.6 juta di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment