![]() |
| *NAJIB Razak beramah mesra dengan seorang warga emas yang memegang poster Barisan Nasional ketika hadir pada majis jamuan tengah hari bersama pertubuhan bukan kerajaan Perak di Dewan Tokong Tow Boh Keong di sini hari ini. Turut sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. - BERNAMA |
IPOH, SELASA, 09 April, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lebih banyak kekayaan dapat dijana untuk dikongsi pelbagai kaum di negara ini jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13.
Katanya, melalui falsafah kesederhanaan, kerajaan BN melalui perkongsian kuasa yang mewakili pelbagai kaum, berjaya memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni sekaligus ekonomi dapat berkembang dengan pesat.
"Akan ada lagi yang terbaik. Kami telah memberikan sekian banyak. Dengan mandat kukuh yang diberikan kepada kerajaan, kami boleh melakukan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Saya boleh menjanjikan itu pada anda...saya tanya pada diri saya sendiri apa lagi yang kaum Cina mahukan?
"Mereka mahukan ini...mereka mahu keselamatan, mereka mahukan keharmonian.
"Apa lagi yang mereka mahukan? Mereka mahu kerajaan yang adil dan saksama," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari perdana menteri bersama pertubuhan bukan kerajaan Perak di Dewan Tokong Tow Boh Keong di sini hari ini.
Beliau berkata, semua itu akan dapat dilaksanakan jika BN terus diberikan kepercayaan dengan mandat yang lebih besar. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment