Oleh NAZARUDIN SHAHAR
TELOK KEMANG, KHAMIS, 11 April, 2013: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan tiada pertukaran kerusi antara parti komponen BN bagi kawasan Parlimen Telok Kemang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata, pendirian itu sudah dinyatakan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pertemuan yang turut dihadiri oleh presiden parti-parti komponen BN.
Menurutnya, usaha merampas semula kerusi BN yang terlepas kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu masih boleh dicapai dengan bekerja keras dan bukannya dengan pertukaran kerusi semata-mata.
"Kita mesti bersama-sama ketika senang dan susah. Semangat setiakawan yang menjadi pegangan BN selama ini amat penting dan perlu dipertahankan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan jentera PRU-13 Wanita MIC Negeri Sembilan di sini malam tadi.
Pada pilihan raya lalu, Datuk S. Sothinathan gagal mempertahankan kerusi Teluk Kemang selepas ditewaskan oleh Datuk Kamarul Baharin Abbas dari PKR dengan majoriti 2,804. Seorang lagi adalah calon bebas, Mohd. Rashid.
Mohamad memberitahu, memang terdapat desakan daripada pihak-pihak tertentu yang mahukan agar MIC menyerahkan kerusi tersebut untuk ditandingi oleh parti komponen BN yang lain.
"Saya tidak dapat bersetuju dengan desakan ini kerana kita tidak boleh mementingkankan diri sendiri hanya merasakan rakan kita berada pada kedudukan lemah," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment