My Add

Friday, 12 April 2013

Tuan Tat persoal integriti Ambiga

TAMPIN, KHAMIS, 11 April, 2013: Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat mempersoalkan integriti pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga sebagai pejuang pilihan raya yang bersih dan adil.

Katanya, Ambiga langsung tidak membuat kenyataan berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP hujung tahun lalu di sebalik dakwaan wujudnya konspirasi dalam proses pengundian tersebut.

‘‘Ambiga patut mencabar keputusan CEC DAP itu. Dia selalu bercakap soal akauntabiliti, integriti dan telus. Mana perginya semua itu apabila pembangkang yang menyokongnya berhadapan ‘pilihan raya’ tidak bersih dalam pemilihan CEC?" katanya dalam sidang ahkbar di Ladang Regent, Gemencheh, di sini malam tadi.

Tuan Tat yang juga bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Selangor, memberitahu, Ambiga juga perlu bersuara dalam isu hak kaum India dalam DAP yang dinafikan.

‘‘Mengapa pemimpin dari kaum India dalam DAP tidak perjuangkan hak perwakilan kaum itu dalam CEC tersebut?

“Kenapa sekarang Penasihat DAP, Lim Kit Siang begitu ‘luar biasa’ mempertahan anaknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng? Kalau itu dibuat untuk menyelamatkan karier politik Guan Eng, kami tidak boleh terima," soalnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan DAP jangan menyalahkan pihak lain sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran isu kesilapan pengiraan undi CEC parti tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment