2 lelaki ditahan dalam rusuhan anti-Islam di London
LONDON, KHAMIS, 23 Mei, 2013 Polis Britain semalam menahan dua lelaki dalam usaha untuk mengelak berlakunya rusuhan anti-Islam ekoran pembunuhan kejam seorang lelaki yang dipercayai tentera oleh pelampau Islam.
Seorang lelaki berumur 43 tahun ditahan di Braintree, timur London selepas dilaporkan berjalan ke sebuah masjid dengan membawa pisau sejurus selepas berita pembunuhan itu tersebar.
Seorang lagi lelaki ditahan di Gillingham, tenggara England atas tuduhan merosakkan sebuah masjid, menurut jurucakap polis Kent.
Menurut saksi, dalam insiden pembunuhan kejam di Woolwich, tenggara London itu, semalam, dua orang lelaki telah menyembelih dan memenggal kepala seorang lelaki di tepi jalan raya di bandar raya itu pada siang hari.
Polis yang dipanggil ke tempat kejadian kemudiannya bertindak menembak dan mencederakan kedua-dua suspek sebelum menahannya. - AFP/UTSAN
No comments:
Post a Comment