My Add

Tuesday, 21 May 2013

7 muka baru anggotai Exco Negeri Sembilan

SEREMBAN, SELASA, 21 Mei, 2013: Tujuh muka baru antara 10 ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang dijadual mengangkat sumpah jawatan di Istana Besar, Seri Menanti di Kuala Pilah, esok.

Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris; Datuk Jalaluddin Alias (ADUN Klawang), Abu Ubaidah Redza (ADUN Ampangan), Tun Hairuddin Abu Bakar (ADUN Bagan Pinang), Abdul Razak Said (ADUN Gemas).

Turut dilantik ialah wakil tunggal bukan UMNO, iaitu L Manickam (Jeram Padang) dan satu-satu calon wanita yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Datuk Norhayati Omar.

Tiga ADUN yang dikekalkan ialah Datuk Ismail Lasim (Senaling), Datuk Hasim Rusdi (Labu) dan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Serting). - BH

No comments:

Post a Comment