![]() |
*MOHAMED Hashim Ahmad Makaruddin (tengah), Johari Mat (dua dari kiri) dan Ariffin Md. Nor (kanan) menyaksikan Abdul Rahim Ahmad (dua dari kanan) menyerahkan replika kunci kepada Mohd. Nasir Ali pada Majlis Penyerahan Bangunan baharu Ibu Pejabat Korporat Utusan dan Doa Selamat di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN |
Majlis penyerahan kunci bangunan baharu itu berlangsung hari ini dan disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan Johawaki, Datuk Abdul Rahim Ahmad kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dengan disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengerusi Johawaki Sdn. Bhd., Ariffin Md. Nor.
Yang turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarah Urusan Kumpulan Johawaki, Datuk Johari Mat.
Menurut Ariffin, Kumpulan Johawaki berbangga dapat bekerjasama dengan Kumpulan Utusan membina ibu pejabat korporat baharu itu yang sudah semestinya akan terakam dalam lipatan sejarah negara.
"Lebih manis, Kumpulan Utusan berpindah ke ibu pejabat baharu pada ulang tahun ke-75 penubuhannya dan kami berharap Kumpulan Utusan akan terus berkembang dan mantap," katanya.
Sementara itu, arkitek GDP Architects Sdn. Bhd., Mohd. Zainuddin Md. Noor berkata, reka bentuk Ibu Pejabat Korporat Kumpulan Utusan tersebut mengambil konsep 'pandang ke dalam' dengan memiliki elemen-elemen Melayu.
"Kami menerapkan elemen-elemen Melayu seperti rumah Melayu, anjung, tiang seri, songket serta songkok yang dipadankan secara tersirat dalam reka bentuk moden bangunan baharu ini," katanya.
Ibu pejabat baharu Kumpulan Utusan yang terletak berhadapan ibu pejabat sedia ada itu dilengkapi pelbagai infrastruktur serta kelengkapan teknologi maklumat (IT) terkini seiring kepesatan dunia media massa kini.
Mula dibina pada 20 Mei 2010, bangunan baharu itu menempatkan ruang pejabat kepada kira-kira 900 petugas, auditorium dengan 400 tempat duduk, kafeteria, surau, gimnasium serta blok ruang letak kereta bertingkat. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment