Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
KOTA KINABALU, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bukan sahaja akan melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara tetapi juga akan turut memberi manfaat terbesar kepada kualiti pendidikan anak-anak Sabah terutama di kawasan pedalaman.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib (gambar) berkata, pelantikan wakil Sabah, Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran 1 juga akan mempercepat proses transformasi pendidikan di negeri ini sekali gus menepati matlamat kedua-dua kementerian itu melahirkan modal insan cemerlang.
"Sugut merupakan kawasan yang terletak di kawasan pedalaman, saya yakin penggabungan ini akan melimpahkan nikmat kepada kawasan itu dan kawasan-kawasan pedalaman lain di Sabah.
"Penggabungan kementerian ini bukan sahaja dapat meningkatkan kecekapan dari segi operasi dan pentadbiran, malah menggabungkan semua sumber dan kekuatan yang ada pada kedua-dua pihak untuk digembleng secara maksimum," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah James yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Beluran, tindakan berkenaan merupakan langkah tepat seiring dengan kepesatan sektor pendidikan dan pengajian tinggi negara serta mampu menjayakan matlamat menjadikan negara ini sebagai pusat pendidikan dan kecemerlangan ilmu.
"Tentunya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kementerian yang penting ini.
"Dengan pengalaman luas Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran sebelum ini, dibantu dua Timbalan Menteri termasuk seorang tokoh pendidik nasional dari Sabah, rakyat mengharapkan lebih banyak kemajuan dan pencapaian cemerlang dalam bidang pendidikan terutama anak-anak di kawasan pedalaman Sabah," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment