Oleh SAFINA RAMLI
ALOR SETAR 23 Mei - Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) digesa memperkemaskan penguatkuasaan agar semua ajaran sesat dan juga Syiah dapat dibendung daripada terus berkembang di negeri ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua ajaran sesat yang telah difatwakan di negeri ini perlu dibanteras dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Sewaktu berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir baru-baru ini saya telah pesan bahawa kita harus tekankan soal ajaran yang bercanggah dengan Islam dan yang terpesong daripada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.
"Jadi saya harap MAIK dapat perkemaskan penguatkuasaan kepada ajaran sesat yang telah digazetkan salah dan berikan penekanan agar tidak berkembang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa fahaman Syiah kini mula berkembang di Pendang dan perkara itu dibimbangi merebak ke daerah lain di negeri ini.
Menurut Jamil Khir, penekanan untuk membanteras ajaran sesat itu tidak hanya tertumpu kepada fahaman Syiah sahaja namun pihak MAIK perlu memantau ajaran sesat lain yang telah difatwakan sebagai salah di sisi agama Islam.
Sementara itu, Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, kemenangan di kerusi Parlimen itu merupakan kemenangan manis buatnya kerana berjaya merampas kembali kerusi itu daripada Pas.
![]() |
| * JAMIL Khir Baharom beramah mesra dengan penduduk sewaktu Kenduri Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional bagi Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, dekat Alor Setar, Kedah, semalam. |
ALOR SETAR 23 Mei - Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) digesa memperkemaskan penguatkuasaan agar semua ajaran sesat dan juga Syiah dapat dibendung daripada terus berkembang di negeri ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua ajaran sesat yang telah difatwakan di negeri ini perlu dibanteras dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Sewaktu berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir baru-baru ini saya telah pesan bahawa kita harus tekankan soal ajaran yang bercanggah dengan Islam dan yang terpesong daripada ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.
"Jadi saya harap MAIK dapat perkemaskan penguatkuasaan kepada ajaran sesat yang telah digazetkan salah dan berikan penekanan agar tidak berkembang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa fahaman Syiah kini mula berkembang di Pendang dan perkara itu dibimbangi merebak ke daerah lain di negeri ini.
Menurut Jamil Khir, penekanan untuk membanteras ajaran sesat itu tidak hanya tertumpu kepada fahaman Syiah sahaja namun pihak MAIK perlu memantau ajaran sesat lain yang telah difatwakan sebagai salah di sisi agama Islam.
Sementara itu, Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, kemenangan di kerusi Parlimen itu merupakan kemenangan manis buatnya kerana berjaya merampas kembali kerusi itu daripada Pas.
"Selain itu, kita juga akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan ini dengan membangunkan tanah milik Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Saya cuba usahakan agar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dapat dibuka untuk kemajuan penduduk di sini," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment