My Add

Friday, 24 May 2013

Rakyat tidak minat sertai spring

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Fenomena spring seperti yang pernah berlaku di beberapa negara di Asia Barat dan kini dirancang oleh aktivis propembangkang dilihat mustahil untuk berlaku di Malaysia.

Panel Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Dr. Rosmadi Fauzi berkata, pemikiran rakyat Malaysia dan isu yang dihadapi mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan rakyat di negara-negara yang dilanda fenomena Arab Spring.

Menurut beliau, rakyat Malaysia bersikap lebih matang dan tidak berminat untuk menyertai rusuhan kerana mereka menganggap aspek keselamatan lebih penting.

"Saya tidak melihat fenomena spring akan berlaku kerana apa yang berlaku di luar negara sukar untuk berlaku di sini.

"Tindakan sebegini mesti dilihat dari segi undang-undang. Mungkin tindakan itu popular tetapi tidak menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas Forum Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13): Meneliti Hasil, Meneroka Ke Hadapan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment