My Add

Tuesday, 21 May 2013

Obama rayu bantuan, jumlah korban meningkat 51

WASHINGTON, SELASA, 21 Mei, 2013: Presiden Barack Obama merayu Gabenor Oklahoma, Mary Fallin mengerahkan bantuan dan kerjasama bagi menangani penduduk yang terbabit dalam puting beliung yang kini sudah meragut 51 nyawa.

Rumah Putih berkata, Obama memberitahu gabenor berkenaan bahawa beliau sudah mengarahkan kerajaan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk memberi sebarang bantuan yang diperlukan Fallin.

FEMA sudah menghantar pasukan khas ke Pusat Kecemasan Oklahoma bagi memberikan bantuan menangani bencana berkenaan.

"Obama juga meemberitahu Fallin supaya menghubunginya terus jika memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan Persekutuan," kata jurucakap itu.

Puting beliung itu melanda daerah kejiranan Moore di selatan Oklahoma dengan bersamanya kelajuan angin 200 kilometer sejam yang menyebabkan bangunan trbakar dan meranapkan sebuah sekolah menengah di bandar raya berkenan. - AP

No comments:

Post a Comment