![]() |
*DARI kiri, Nasuha Shamsuddin, Mohamad Asyraf dan Muhammad Hafizuddin. |
LUKLA, SELASA, 21 Mei, 2013: Pendaki Everest FELDA 2013, Mohd Nasuha Shamsuddin 21, berjaya menawan Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut tepat jam 8.31 pagi ini (waktu Malaysia 2.50 pagi) di sini.
Mohd Nasuha adalah pendaki termuda Malaysia pertama sampai ke puncak tertinggi di dunia itu, diikuti Mohamad Asyraf Mohd Halim, 25, pada jam 8.48 pagi (waktu Malaysia 3 pagi).
Pendaki berikutnya ialah Muhammad Hafizuddin pula menjadi pendaki ketiga sampai ke puncak gunung terbabit pada jam 9.11 pagi waktu tempatan (waktu Malaysia 3.25 pagi)
Nasuha dari FELDA Tersang 3, Raub, Pahang manakala Mohamad Asyraf dari FELDA Lok Heng Timur, Kota Tinggi dan Muhammad Hafizuddin dari FELDA Chini Timur 1, Pahang.
Pendaki yang keempat sampai ke puncak Everest ialah jurulatih Zainudin Lot, 37. tepat jam 10.16 pagi waktu nepal (waktu Malaysia 4.31 pagi).
Pendaki kelima, Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, sampai ke puncak itu tepat jam 10. 30 pagi (waktu tempatan) dan diikuti jurulatih, Muhammad Illaham Ishak, 37 pada jam 11 pagi waktu tempatan.
Sementara itu, Siti Hanisah Sharuddin 23, dari FELDA Jelai Satu, Negeri Sembilan berpatah balik selepas tiba pada ketinggian 8,748 meter kerana masalah kesihatan. - BH

No comments:
Post a Comment