My Add

Sunday, 19 May 2013

RCI tangani isu PATI di Sabah

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Mei, 2013: Suruhanjaya Siasatan (RCI) Pendatang Asing di Sabah berperanan membantu kerajaan menyelesaikan masalah yang mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian di negeri itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim berkata, menerusi RCI itu kerajaan berharap rakyat Sabah akan bersama-sama mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah pendatang tanpa izin di negeri tersebut.

Menurutnya, pada 21 September tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi dan anggota jawatankuasa suruhanjaya itu di Putrajaya.

"Suruhanjaya terbabit dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Setiausaha RCI iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kasim dan dianggotai bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Kamaruzzaman Ampon.

"Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah bekas Peguam Besar Sabah, Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha kerajaan negeri Sabah, Datuk K. Y. Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment