Siti Hanisah cipta rekod baharu
Oleh Rohana Man
LUKLA, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Tidak ramai pendaki sanggup menggadaikan nyawa demi merealisasikan misi dan matlamat yang telah ditetapkan. Apatah lagi misi itu bukan untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya untuk agama, bangsa dan negara.
Itulah yang dibuktikan oleh seorang gadis muda, Siti Hanisah Sharuddin (gambar) yang berusia 23 tahun.
Siti Hanisah dari Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan membuat keputusan mengejutkan pihak penganjur projek Everest-Felda 2013 apabila tekad untuk mencuba kali kedua mendaki Gunung Everest setelah gagal dalam percubaan pertama Isnin lalu.
Pihak wakil media dan rakan-rakan yang menunggu dalam penuh debaran mengenai keputusan yang bakal dicapai oleh Siti Hanisah bersorak gembira sambil mengucapkan alhamdulillah sebaik sahaja mendengar suara beliau dari puncak gunung tertinggi di dunia itu di Kem Induk Everest (EBC) pagi ini.
Assalamualaikum semua Hanis dah sampai di puncak dunia.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar." Itulah yang diucapkan oleh Siti Hanisah yang berjaya menjejakkan kakinya ke gunung tertinggi dunia, Gunung Everest pada pukul 7.41 pagi ini waktu tempatan.
Beliau bersama enam pendaki Felda yang lain memulakan langkah ke puncak Everest dari Kem 4 pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, enam rakannya berjaya menjejakkan kaki di puncak Everest pada awal pagi kelmarin dan kesemua mereka kini dalam perjalanan turun ke EBC.
Ini membuatkan Siti Hanisah keseorangan gagal ke puncak, sekali gus meningkatkan semangatnya untuk mencuba kali kedua semalam.
Dengan semangat yang kental tanpa mengenal putus asa dan kecewa, akhirnya Siti Hanisah berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest pada pukul 7.41 pagi ini setelah mendaki selama hampir 12 jam dari Kem 4.
Perbualan melalui walkie-talkie diteruskan dengan kata-kata Siti Hanisah yang sesekali tersekat kerana kepenatan dan kekurangan oksigen kerana beliau terpaksa membuka topeng oksigen untuk bercakap melalui walkie-talkie.
Paras oksigen di puncak Everest adalah sekitar 36 peratus berbanding paras oksigen di muka laut.
Terima kasih semua. Ya Allah doakan Hanis turun dengan selamat. Hanis nak termuntah dah ni," katanya dari puncak gunung Everest di ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut kepada wakil media.
Siti Hanisah membuktikan tiada apa yang mustahil dapat dilakukan jika ada kemahuan untuk mencipta kejayaan.
Tanpa memikirkan risiko bahaya terkena serangan High Altitude Pulmonary Edema (HACE) atau radang paru-paru berair dan High Altitude Cerebral Edema (HAPE) atau radang otak berair atau kehilangan anggota badan akibat gigitan ibun (frostbite) kerana berada terlalu lama di Kem 4 yang paras oksigennya rendah, beliau tekad untuk mencuba kali kedua setelah percubaan pertama bersama enam rakan pendaki Felda yang lain gagal pada 21 Mei lalu.
Enam rakannya yang lain iaitu Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang tiba di puncak Everest pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal, diikuti Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, (Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor) pukul 8.48 pagi; Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, (Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang) pukul 9.11 pagi; Zainudin Lot, 37, (jurulatih) pukul 10.16 pagi; Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25, (Felda Tersang 3, Raub, Pahang) dan Muhammad Illaham Ishak, 37, (jurulatih) tiba pada pukul 11 pagi pada 21 Mei lalu.
Pada tarikh tersebut, Siti Hanisah terpaksa berpatah balik setelah tiba di ketinggian 8,748 meter (South Summit) kerana masalah kesihatan.
Tanpa memikirkan risiko bahaya yang menanti di Kem 4, Siti Hanisah yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tekad mencuba kali kedua dan keputusan itu memaksa dia yang hanya ditemani ketua Sherpa, Jamling Bothe, 35, berkampung di Kem 4 selama hampir 60 jam sebelum dapat memulakan pendakian kali kedua pada pukul 8 malam tadi.
Dalam pada itu, kesemua enam rakan pendaki Felda yang lain telah mulai turun ke Kem 3, Kem 2, Kem 1 dan EBC.
Dalam pada itu, Siti Hanisah sempat mengucapkan terima kasih kepada Felda, FGV, Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B), keluarga, rakan-rakan dan semua yang terlibat dalam ekspedisi kelolaan KE7B itu.
Dengan kejayaan tersebut, Siti Hanisah muncul sebagai wanita termuda negara menjejakkan kaki ke puncak tertinggi dunia itu. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment