![]() |
*ROSMAH Mansor bersama sebahagian daripada anggota Bakti pada majlis suaikenal bersama anggota baharu dan lama badan itu di Seri Perdana, Putrajaya, semalam. - BERNAMA |
PUTRAJAYA, KHAMIS, 23 Mei, 2013: Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor berharap kesemua anggota badan itu, dapat bergerak lebih aktif dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang, sekali gus mempamerkan imej baik terhadap barisan kepimpinan negara.
Beliau berkata, penyertaan 21 lagi isteri menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik di dalam Kabinet, diharap dapat menyumbang pelbagai idea kreatif kepada badan itu.
"Anggota Bakti sentiasa diteropong oleh wanita dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, harap kita dapat jaga diri masing-masing untuk jadi anggota Bakti yang baik dan isteri kepada pemimpin negara yang baik. Tolong sokong suami anda," katanya dalam ucapan ringkas selepas sesi suai kenal bersama anggota baharu badan itu, di Kompleks Seri Perdana, di sini.
Isteri Perdana Menteri itu juga berharap kesemua anggota badan itu dapat menjaga kelakuan dan tatatertib di khalayak ramai dan sentiasa memberi sokongan kepada suami masing-masing. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment